Salam,
Kalau dulu2 pada 10 Zulhijjah setiap tahun..
Semua ahli keluarga mesti berkumpul bersama2,
Sembahyang bersama2 di masjid tepi rmh.
Sebelum ini,
semua adik-beradik lelaki ada bersama,
pegang lembu bersama, saling tolong-menolong,
dan lapah lembu bersama…
Sebelum ini,
Saudara-mara sblh emak selalu berkumpul dirumah nenek barsama2,
Melihat lembu dikorban disebelah rumah,
Kanak2 seronok dan ceria bermain bersama.
Ada y takut dek darah lembu tersembur2..
Kalau dulu2 slps korban,
Semua dijemput makan bersama2.
Ada sup perut, sup tulang, daging goreng dan macam2 lagi…
yum,yum, kenyang perut..
Namun
Tahun demi tahun,
Segalanya berubah,
Keceriaan, kebahagiaan dan keseronokan melakukan segalanya bersama2 hilang begitu saja,
Kali terakhir dirasai pada tahun 2008… alangkah rindunya saat2 itu…
Segalanya bermula tahun 2009,
Apabila tanggal 6 disember,
Beberapa hari sblm ibadah korban dijalankan,
Aq menerima berita sedih y aq sendiri x dapat gambarkan dgn kata2..
Aq kehilangan nenek yang paling aq sayangi…
Di saat itulah,
Aq kehilangan sedikit demi sedikit kabahagiaan semasa raya..
Kami semua menyambut ibadah korban dengan hati y pilu dan sedih…
Tiada lagi kelihatan kelibat nenek aq y sentiasa berada di tingkap sambil melihat kami melapah lembu seperti sebelum ini…
Aq menerimanya dengan hati redha…
Semuanya ketentuan Ilahi…
Setahun berlalu,
Kini menjelang sekali lagi ibadah korban yang dituntut agama…
10 Zulhijjah bersamaan hari rabu 17 Nov 2010…
Namun kesedihan ini bertambah lagi
Kini tinggal aq keseorangan bersama adikku yang masih kecil,
Tiada lagi kelibat nenekku seperti sebelum ini buat selama-lamanya,
Abang2 ku yang lain masih berada di negara dan negeri orang lain….
Begitu juga dengan saudara-maraku yang lain…
Tiada lagi kelibat mereka….
Masing2 menjalankan ibadah korban di tempat masing2..
Aq selalu berfikir,
Bilakah akan tiba masanya untuk kami berkumpul seperti sebelum ini lagi???
Mungkin 2,3 tahun lagi…
Aq tidak tahu…..
Aq hanya menanti tibanya saat itu…
InsyaAllah…. Akan tiba masa itu…
Hanya padaMu aq berserah Ya Allah.....
Macam mana pun ingat la ini.....
Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)