Thursday, December 16, 2010

emm. PMR (23/12)

Salam.....

Berdebar2 rasanya apabila baca berita utusan hari ini.... ingat kan keputusan keluar 28 dis ini...
tp. tarikhnya sdh ditukar pada 23 dis...sedar x sedar tinggal beberapa hari je lagi..... cuak juga nak ambil keputusan ni....
inilah petikan dalam akhbar tersebut:


Keputusan PMR diumumkan 23 Disember ini

15/12/2010 8:40pm


KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Oleh itu...
sesiapa yang ada membaca post ini.....
doa2kan lah ye...
InsyaAllah 9A...

No comments:

Post a Comment