Friday, December 31, 2010

We Are Da Gang of 0812 ~TriplesOfSBP~

Salam...


We Are Da Gang of 0812 ~TriplesOfSBP ~,
1 group y agak misteri bg aq....
ntah dr mana munculnye group nih...
sape y buat...
apa tujuan nye....


lama kelamaan...
aq tau apa tujuannye...
1 medium utk menjalinkn ukhuwah sesama bdk sbp di Malaysia...
n now ada 1225 members....
ok la gak...


kat sinilah aq dpt knl2 ckit bdk2 dr sbp laen...
n also ckit sbyk mklumat pasal sklh laen....
seperti, nama batch....
y menunjukkan adentity batch tersebut...


hahhahaha...
plg best...
group nih pon ada  blog sndiri...
gempak gak lah...
http://wearedagangof0812.blogspot.com/


cam ne pon....
terima ksh kat kwn aq,
Deenna, sbb dia y add aq kat group tu...
thanx a lot...


~~photo group kami~~

Saturday, December 25, 2010

~25/12/10~♥ Abe Die's wedding~~♥

Salam.....

'aq terima nikahnya, Farin bt. Masra............."

Emmmm...
disini bertukarnya status dari bujang kpd kahwin.....
disini tamatnya 1 zaman y dipanggil zaman bujang,
dan bermulanya 1 zaman y baru y dipanggil zaman rumah tangga....

Disini secara sahnya aq dpt kak ipar baru...
n juga menantu pertama ibu bapa aq....
huuhuhuhu...

hmmm..
actually.. 
i have nothing to say...
juz...

Tahniah kpd abe Di atas perkahwinan ngn kak Farin,
kerana dpt mnjadi raja sehari..
atas 1 ikatan y suci....
moga berkekalan selama2nya...
sehingga ke anak cucu cicik....
n dpt menempuhi segala cabaran y mendatang bersama2....
InsyaAllah...
Amin........


hahahahah...
y pntg aq dilantik sebagai cameraman....
walaupun letih jd paparazzi....
it's okay....
aq puas...
n nih la antara hasilnya....


~~aq terima nikahnya...~~

~~ubah,ubah ckit..~~

ehem,ehem...

family pihak lelaki

hmmmm...

~~ bagai pinang dibelah dua~~


Thursday, December 23, 2010

Hari kuar result...

dupdapdupdapdupdap......


berdebar2.....
aq asyik pikir pasal result y nak kluar ari ni...
adakah aq dpt atau tidak apa y aq target???


Sambil2 tunggu pukul 10 pagi ..
aq teringat pasal 1 mimpi y masih aq igt sampai skrg...
ntah betul,ntah tidak....
adakah mimpi tu jadi kenyataan??
hari ini akan terjawab segala2nya....


Kawan aq ada cakap y jika kita mimpi dapat 9..
kita akan dapat 8...
begitu lah sebaliknya....
ish3...
bertambah cuak....


Time aq menunggu tibanya pukul 10...
aq dapat rasakan aq akan dpt 8 je...
ish.. aq kena pikir positif....
insyaAllah 9....
tp.. bila aq ingat balik....
time aq pergi kb semalam..
aq asyik nmpk no 8 je....
ish... ni ke petanda aq akan dpt 8???


hahaha.... aq biarkan....
namun ia asyik berlegar2 di fikiranku...


tiba masanya....
aq call sklh...


tik...tik...tik...tik....
"assalmualaikum... ini smap kajang...apa y boleh saya bantu??"
aq jawab.. "waalaikumusalam.... saya nak tanya result PMR saya boleh'
"boleh, siapa nama"
aq balas"aaa... Ahmad Faris b. Mohd. Zaini... K017..."
"baiklah... apa yang awak dapat A ialah...erm.. 1..2...3..4...5...(dalam hati aq... baguslah.. lebih 5)...6...7...8....dan..(please2... sebut 9)..tu je... tahniah awak lulus dan dapat 8A..."


dalam hati aq... aq x tau nk gembira atau sedih....
aq gembira kerana dapat straight 8A... :)
n sedih juga sbb terlepas 1A lagi....:(
tp aq kata kat diri aq okey la....
org laen dapat 8 dah happy giler...
asal aq x leh???


cam ne pon...
thanx kat sume ahli keluarga aq n kwn2 aq y kasi sokongn...
tenang lah hati aq....


aq kena focus kat SPM lak...
insyaAllah straight A+
Amin....




Saturday, December 18, 2010

Syiah...2..( pelik2..)

Salam...

Kita bersua lagi...
Kalau dibahagian 1 ana ada berikan makna syiah dan juga makna Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.....
Lupa nak cakap.... kalau ikutkan apa yang ana tau.. syiah ni kebanyakannya ada di Iran..

So...
Kali ana ana nak bawa sesuatu yang pelik mengenai syiah....
Dan juga berbezaan diantara syiah dan juga Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah berdasarkan apa yang ana tahu...

apa yang bezanya syiah ialah:

1.mendewa2 saidina Ali dan tidak mempercayai khalifah Ar-rasyidin..
2.menghalalkan kahwin mutaah
3.haji x wajib
4.dapat syurga kalau ziarah makam saidina hussain..
5.boleh jamak solat bila2 masa.
6.darah Ahl al-Sunnah wa al-Jamah adalah halal bagi mereka jika membunuh..

Inilah bezanya syiah menurut apa yang ana tahu lah...
Dan ini juga merupakan sebab2 kenapa org mudah terpengaruh dgn syiah....
Ana pelik, x kan lah dgn melawat makam saidina hussain dapat syurga dah...
diorg x terfikir ke?? kalau betapa jahat nye diorg di dunia ni... jenayah sana, jenayah sini.. still dapat syurga lagi ke kalau juz lawat makam je??? redha Allah, Nabi dan org x perlu ke??
lagipun tunaikan haji ni salah 1 rukun Islam la bro...
tlg la pkr2 ckit.. ni main ikut je...

Cam ne pun...
Yang itu kita letak tepi dulu...
apa yang ana nak tumpukan kali ini ialh mengenai azan dan solat org2 syiah ini...

Azan

Apa bezanya azan diorang ini ialah..
Dalam azan diorang ini ada tambahnya dua ayat iaitu:

Ash-hadu anna Aliyyan Waliyullah;
Ash-hadu anna Aliyyan Amir al-Mu'minina Hujjatullah

yang bermaksud:
Aq naik saksi bahawa Ali itu wali Allah..
Aq naik saksi bahawa Ali itu bukti kepercayaan Allah..


lebih kurang cam tu le maknanya....(klu salah, sorry..)


dan satu lagi ialah "lailahaillallah" diulang dua kali....


Jadi azan ini boleh dijadikan salah satu bukti yang menunjukkan yang syiah meninggi2kan Saidina Ali dalam fahaman mereka...


~Kalau krg nak tau, inilah azan syiah di Iran~~
Solat

Bab solat ni pon boleh dikatakan lain....
dalam doa qunut diorg baca doa ini:
y brmksdnya:


"Ya Allah, laknatlah musuh2mu khursusnya Abu Bakar, Umar dan Aisyah"


Ish3.. mmg sah syiah ni mmg tolak habis2an isteri2 nabi dan juga khalifah yang laen..


So tgk lah cara diorg solat di bawah ini:


~ni lah cara2 diorg solat~~

Bila ana tgk video ni..
ada banyak persoalan y timbul...
Yang pegang mikrofon tu asal x solat sekali dan mengapa dia pula yang kena takbir pula sekaligus tentukan bila sujud,rukuk dan sebagainya??? 
bukan ke iman y buat??
Salam ke kanan dan kekiri x de ke?? 
bkn ke tu salah satu rukun 13 ke??
nape diorg benci abu bakar,umar dan aisyah??
padahal diorg ini sahabat dan isteri kekasih Allah..??
Kenapa??? adakah ini sebab Ali tidak menjadi khalifah pertama??

so...
pikir2 la bro n sis...
syiah ini 1 bnda yang bahaya dan semakin menular di Malaysia...
jgn sia2kan hidup krg..
dalamilah ilmu agama..



Wallahua'lam..

Friday, December 17, 2010

Syiah....

Salam....


Bila kita berbicara mengenai syiah,ia merupakan sesuatu y sukar utk diterangkan.... ia memerlukan ilmu yang luas bagi merungkai 1 per 1 kefahaman mengenai syiah ini... ana teringat ada seorang ustaz telah memberi ceramah mengenai kefahaman ini.. Beliau telah mengambil masa 8 jam untuk menerangkan 1 per 1 ajaran y dianggap sesat ini.....


Ana pun dikira belum layak untuk berbicara mengenai syiah ini tapi ana boleh katakan y Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni.Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh NabiMuhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dariAhlul Bait dan Imam Ali. .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam...itulah apa yang boleh ana ungkaikan disini...


Hari ini ana tertarik dgn tajuk utama harian metro iaitu:


Tatu kalimah Allah
~~muka depan akhbar~~
                             ~~ video Jais serbu kubu syiah~~
      ~~dew gadoh2 ckit.. & maklumat lebih terperinci mengenai Syiah~~
               

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah."


oleh itu, igtlah kaum muslimin & muslimat sekalian y kita ini adalah  Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab:أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة) atauSunni. Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.


Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni iaitu Mazhab Malik, Mazhab Syafi'i, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.Di Malaysia,mazhab rasmi di negara kita ialah Mazhab  Imam Syafi'i


oleh itu... fikir2kanlah wahai kwn2 sekalian....
Inilah apa y berlaku di malaysia sekarang... 
teguhkanlah iman di hati...
moga2 kita tidak tergolong dalam ajaran y sesat..
insyaAllah...

Thursday, December 16, 2010

emm. PMR (23/12)

Salam.....

Berdebar2 rasanya apabila baca berita utusan hari ini.... ingat kan keputusan keluar 28 dis ini...
tp. tarikhnya sdh ditukar pada 23 dis...sedar x sedar tinggal beberapa hari je lagi..... cuak juga nak ambil keputusan ni....
inilah petikan dalam akhbar tersebut:


Keputusan PMR diumumkan 23 Disember ini

15/12/2010 8:40pm


KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Oleh itu...
sesiapa yang ada membaca post ini.....
doa2kan lah ye...
InsyaAllah 9A...