Saturday, November 20, 2010

Selamat bertunang my big bro...

Salam..

Pejam celik, pejam celik….
Masa berlalu dgn begitu cpt…..

Kalau dulu,kami selalu jalan pergi sekolah sama-sama..
Tujuh orang pergi, tujuh orang balik..
Dah macam mak itik ngan anak-anaknya..
Singgah kedai dulu beli ‘cekedis’ ngan beli ‘sticker’.

Dulu kami tujuh adik beradik selalu main-main kat rumah nenek..
Main konda-kondi dengan kawan sekampung kat bawah pokok manggis belakang rumah..
Main badminton petang-petang kat tepi rumah..
Time musim durian, pegi cari durian kat belakang rumah.
Kalau banyak, jual ckit….

Dulu kami selalu duduk-duduk bawah pokok rambutan..
Sambil makan buah rambutan, sembang budak-budak..
Pasang-pasang kereta dash tu..
Gasing pon gasing la…
Tak pon main guli….

Dulu makan mesti penuh satu meja..
Time Ma tengah masak, ada la yang cop nak paha la, sayap (kepak) la..
“Aku nak paha paling besar!” “Aku nak sayap paling besar!” ..
Time puasa, sapa tak puasa makan kat bawah J ..
Lepas tarawikh main bunga api sama-sama.

Masa Ma beranakkan Aih semua berebut-rebut nak maen..
Macam anak patung dah, nasib dapat abang kakak sume da besar..
Tapi time tu bukan sume ada kat rumah dah..
Masing-masing dok kat asrama, masuk u pon ada.

2004, tahun terakhir ambil gambar full satu family..
Sampai sekarang tak dapat lagi ganti frame kat rumah tu..
Time raya pun ada yang tak dapat balik..
Sorang tercampak kat negeri komunis nu..
Sorang tengah main dengan burung kiwi nu..
Sorang pulak tiap-tiap hari makan syawarma..

Masa memang sangat pantas..
Sekarang yang sulung da nak bina masjid..
Yang bawah-bawah ni tak lama dah agaknya ni.

Selamat bertunang bang Faidhi….
Jejakmu itu akan kami turuti bila tiba masanya nnti…

~~Tarikh perkahwinan my big bro~~

1 time sembelih

Salam….
        Bila kita berbicara mengenai ibadah korban,teringat aq masa kali pertama aq menyembelih haiwan… sebelum ini tidak pernah aq sembelih seekor haiwan… habis naik tegang bulu roma aq time nak sembelih tu….

 Masa itu semua pelajar tingkatan 3 sudah habis menjalani peperiksaan PMR, so sekolah SMAPK telah mengadakan satu program yang dinamakan PASCA PMR… Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti itu berlangsung.. Ada yang seronok dan ada jaga yang kurang menyeronokkan… Jadi salah 1 program yang aq tak boleh lupa ialah program penyembelihan….

So, kita balik pada tajuk kita tadi…. Sebelum penyembelihan bermula, kami semua telah diajar oleh seorang ustaz yang dijemput khas dr luar…paling penting  apa yang beliau cakap ialah:

~Ustaz jemputan khas~


“pastikan urat halkum dan urat marih putus dengan hanya sekali letak pisau. Jika terangkat, tidak boleh letak kali kedua kecuali letakkan yang pertama itu hanya mencederakan leher sedikit sahaja.”

Jadi bila dengar tu, kami fikir susah juga nak sembelih walaupun kami tengok sebelum ini macam letak pisau, kemudian tarik dan tolak pisau tu….aaaaaaaaaaa… rupanya susah juga bila kami dengarnya…

So, bila tiba masa nak sembelih, ustaz tersebut menunjukkan demo dahulu sebelum kami dibenarkan menyembelih… beliau menunjukkan mana 1 urat halkum dan marih….
~ustaz mmberi keterangan~~

Selepas itu, bila tiba giliran kami, ustaz kami ada bagitau,
“wahai budak2 sekalian, kalau sesiapa nak tau dia itu lelaki tulen atau tidak, lihatlah masa dia menyembelih haiwan itu, sama ada dia takut atau tidak, kalau takut, bukan lelaki tulen la tu”

Ish2, bila dengar cam tu, kami semua yang lelaki ini masing2 tercabar…. Hahahaha…. Semua Nampak cam ok je time sembelih dgn mengikut syarat2 y tertentu…. Alhamdulillah… tapi selain itu, ada juga yang putus kepala, urat tidak terpotong habis, terangkat pisau, dan lain2 lagi…. Maklumlah, ramai cakap kali pertama katakan….
~~ustaz Mohyiddin~~

~~giliran aq plk~~

~~my frenz ngan ayam2nye~~


Thursday, November 18, 2010

Coretanku di Hari Raya Korban

Salam,

Kalau dulu2 pada 10 Zulhijjah setiap tahun..
Semua ahli keluarga mesti berkumpul bersama2,
Sembahyang bersama2 di masjid tepi rmh.

Sebelum ini,
semua adik-beradik lelaki ada bersama,
pegang lembu bersama, saling tolong-menolong,
dan lapah lembu bersama…

Sebelum ini,
Saudara-mara sblh emak selalu berkumpul dirumah nenek barsama2,
Melihat lembu dikorban disebelah rumah,
Kanak2 seronok dan ceria bermain bersama.
Ada y takut dek darah lembu tersembur2..

Kalau dulu2 slps korban,
Semua dijemput makan bersama2.
Ada sup perut, sup tulang, daging goreng dan macam2 lagi…
 yum,yum, kenyang perut..

Namun
Tahun demi tahun,
Segalanya berubah,
Keceriaan, kebahagiaan dan keseronokan melakukan segalanya bersama2 hilang begitu saja,
Kali terakhir dirasai pada tahun 2008… alangkah rindunya saat2 itu…

Segalanya bermula tahun 2009,
Apabila tanggal 6 disember,
Beberapa hari sblm ibadah korban dijalankan,
Aq menerima berita sedih y aq sendiri x dapat gambarkan dgn kata2..
Aq kehilangan nenek yang paling aq sayangi…

Di saat itulah,
Aq kehilangan sedikit demi sedikit kabahagiaan semasa raya..
Kami semua menyambut ibadah korban dengan hati y pilu dan sedih…
Tiada lagi kelihatan kelibat nenek aq y sentiasa berada di tingkap sambil melihat kami melapah lembu seperti sebelum ini…
Aq menerimanya dengan hati redha…
Semuanya ketentuan Ilahi…

Setahun berlalu,
Kini menjelang sekali lagi ibadah korban yang dituntut agama…
10 Zulhijjah bersamaan hari rabu 17 Nov 2010…

Namun kesedihan ini bertambah lagi
Kini tinggal aq keseorangan bersama adikku yang masih kecil,
Tiada lagi kelibat nenekku seperti sebelum ini buat selama-lamanya,
Abang2 ku yang lain masih berada di negara dan negeri orang lain….
Begitu juga dengan saudara-maraku yang lain…
Tiada lagi kelibat mereka….
Masing2 menjalankan ibadah korban di tempat masing2..

Aq selalu berfikir,
Bilakah akan tiba masanya untuk kami berkumpul seperti sebelum ini lagi???
Mungkin 2,3 tahun lagi…
Aq tidak tahu…..
Aq hanya menanti tibanya saat itu…
InsyaAllah…. Akan tiba masa itu…
Hanya padaMu aq berserah Ya Allah.....

Macam mana pun ingat la ini.....

 Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


Friday, November 12, 2010

~~jamuan 1001 kenangan~~huhu

Salam....
     aish..... sejak sekolah dah nak habis ni, banyaknya jamuan yang aku kena hadir... maklumlah budak feymes... huhu... x de lah... sana jamuan, sini jamuan, banyaknya... hoki la.. rumah tariq ziad la.. form la... habis kenyang perut ni... x larat nak telan semua makanan... erm..sblm itu sorry guna bahasa yang x betul..huhu..

okey la... kita p satu2 dulu... erm... mana dulu ekk?? oh ya.. jamuan hoki.... jamuan hoki diadakan di Restoran Gear Box, Warun Dusun, Bangi, Selangor... ini semua rancangan budak2 form 4 bagi meraikan kejayaan2 pasukan hoki SMAPK yang mengecapi pelbagai kejohanan tahun ini dan juga budak2 form 5 yang akan meninggal kan SMAPK.. erm... sedih nyer... anyway... go go SMAPK Hockey team..

~~ team hoki f3 2010~~
blkg dr kiri:aida,nabila,faqihah,ain
dpn dr kiri:ammar n me(faris)

~~kapten dan guru hoki kami~~
~~hehe.. x sangka lak time ni hari jadi Esma~~
~~dah makan, ambil gmbr plak...~~
Fuh.. dah hbs dah jamuan hoki, so pergi jamuan form... ish3... byk nye dugaan semasa nk buat jamuan ni...
naik tensen aq dan MT-MT y laen.... Kejap sini masalah, lps tu sana lak... sampai tmpt jamuan jd masalah.... tp y plg tensen skali, lps sume selesai.... ade lak insan y ckp something like this:
"Da la, x yah buat jamuan la sng.."
"Da lah, klu kita buat apa2 pon x kn jadi punye, cayalah..sbb***"
ish.... naik tensen kami y mendgrnya.... da la kami buat sume... dia dok tgk je... lps itu ckp cam tu plak...
mmg x ptt... Anyway... Sume berjalan dgn baik walaupun ada suara2 sumbang y bermain di telinga kami.... but y penting kami dah jayakn dan ENJOY time jamuan... itu y pntg...huhuhu...

~~sambil2 tu ada barbrque ckit..~~

~~dikir, jgn x dikir.. ala ewa...~~

~~antara y terlibat dlm jayakan jamuan ini~~
~~bdk2 putra f3 2010~~

~~bdk2 pu3 f3 2010~
 Yang last skali jamuan Rumah Kuning atau dipanggil Rumah Tariq Ziad... Rumah yang dinobatkan juara buat kali ke-3 berturut2 tahun ini.... so, kira bertuah lah dapat menjadi sebahagian daripada rumah ni... hehe... walaupun jamuannya agak singkat namun aktiviti yang dijalankan memang syok.... macam mana pon harap2 tahun depan jadi milik kami lagi... InsyaAllah....

~~ bdk2 f3 dalam rmh TZ~~